0 comments

A Life as a STPM Student

Assalamualaikum semua...

(lama tak post dah..)

Bukan sengaja, tapi disengajakanlah....al-maklumlah pelajar STPM sistem baru katakan...

Memang ramai kata yang STPM ni susah, aku tak tentang pandangan itu.. Ramai yang mencuba, tidak ramai yang berjaya, kembali ke takuk lama....

Secara umumnya...ramai pelajar semasa taklimat STPM Sistem Modular yang menggantikan Sistem Terminal teruja untuk menyertai Tingkatan 6 sebagai batch pertama untuk sistem ini..namun ramai yang sebenarnya tidak mengetahui bahawa sistem ini turut mempunyai masalah tersendiri yang tidak disedari , sama ada para pelajar, malah guru-guru juga...

Baiklah, kalau nak tengok sebagai rekod, STPM sistem baru ini iaitu sistem Modular ini mengambil masa selama 3 semester ( satu setengah tahun , macam sistem Terminal gak ). Yang membezakan antara kedua - dua sistem ini ialah,

  • Sistem Terminal , peperiksaan pada hujung semester ketiga (atau masa upper form)
  • Sistem Modular, peperiksaan pada hujung setiap semester 1, 2 dan 3. 
  • Sistem Terminal, ada corsework
  • Sistem Modular, ada PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah, macam budak form 1,2 dan 3 sekarang) 
  •  Sistem Terminal , kena repeat semula STPM ( belajar balik ) kalau results K.O.
  • Sistem Modular, boleh repeat semester 1 dan 2 pada semester yang ke 3 ( 3 minggu exam berturut - turut )

  baru tau gak, yang sistem ni diiktiraf oleh University of Cambridge ( cikgu aku kata la )

Tapi entry ini ditulis bukanlah kerana nak puji sistem ni melambung-lambung, cuma nak cerita serba sedikit hidup sebagai pelajar Form 6 ( from my point of view ) dengan sistem baru ini...

Disini aku list-kan beberapa perkara yang aku pelajari selama aku dalam Tingkatan 6 ini ( atau some say, Pra - Universiti ) :-

  1. Sistem yang kedengaran simple ini ( 6 bulan 1 exam, senang skor ?) sebenarnya agak complicated, sebab kita kena pantas bergerak untuk catch-up pengajaran cikgu, berbanding dengan Sistem Terminal, boleh honeymoon lagi, tahun depan masih ada masa...
  2. Memandangkan universiti juga mengamalkan sistem meritokrasi ( i guess ), markah kokurikulum ni juga harus balance dengan markah kurikulum kitorang. The question is, jika semester 1 dan 2 saje dapat buat kokurikulum, dengan semester 1 limited dengan sukan dan kadet, semester 2 pulak dengan persatuan sahaja, bagaimana nak kumpul markah kokurikulum mencukupi untuk masuk ke universiti?
  3. Itu dah satu isu, bila nak memikirkan masa untuk PBS lagi, sebagai contoh, semester 1 ada 1 PBS, semester 2 ada 2 PBS, semester 3 ada 2 PBS lagi ( ade lagi 1 kerja lapangan, Biology ), jadi bila masa yang sesuai untuk belajar? Dengan usaha yang tinggi, namun ganjarannya tidaklah setimpal mana, dengan overall-nya 20 % sahaja daripada markah keseluruhan. (ada yang 30 - 40 % , tapi kebanyakkannya begitulah.) Jadi buat apa buat kalau buat betul-betul pun tak banyak membantu?
  4. Last - last , keseronokan mula padam selepas result semester 1 datang...kalau dapat 4 flat, takpa la..tapi kalau dapat 3? 2? 1 pun banyak jugak ooo... Jadi secara tidak langsung ,morale dah jatuh..
Itulah antara kemah-keming yang aku dapat lihat sepanjang menjadi pelajar nie...BTW exam semester 3 dah dekat, repeat semester -semester lain tak payah cerita lagi..woooo waghih...


Kata - kata copypaste:

    The only true wisdom is in knowing you know nothing. "